Saturday 23 July 2016

Pengertian Alam Sekitar Menurut Islam



Pengertian Alam Sekitar Menurut Islam

Alam Sekitar berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.

Walaubagaimanapun menurut Barat,
Alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

      Antara pencemaran alam sekitar :-

Pencemaran Air

 Image result for pencemaran darat

Pencemaran Bunyi


Image result for pencemaran bunyi

Pencemaran Udara

Image result for pencemaran udara

Pencemaran Darat

Image result for pencemaran darat


Firman Allah : 
"Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai Agama"

KEPENTINGAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. 

Hubungan manusia dengan haiwan

Image result for MANUSIA DAN HAIWAN



Hubungan manusia dengan tumbuhan

Image result for HUMAN AND PLANT

Hubungan manusia dengan permilikan tanah

Image result for TANAH SAWAH


Unsur alam mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan manusia disamping kesejahteraan manusia.

""Dengan ini, betapa kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi dan manusia mestilah memakmur, mentadbir, mengurus dan membangunkan alam ini mengikut syariat dan hukum Allah sera melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.""

PENGURUSAN ALAM SEKITAR 

Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

1) Konsep Tauhid

2) Konsep Syariah

3) Konsep Ilmu

4) Konsep Khalifah

5) Konsep Akhlak



ISU–ISU ALAM SEKITAR



1) Konsep Tauhid

Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja.

2) Konsep Syariah

Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia


3) Konsep Ilmu

Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan 
alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar.

4) Konsep Khalifah

Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada alam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin

5) Konsep Akhlak

Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. 
Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

PERANAN MANUSIA DALAM MENJAGA ALAM SEKITAR

  1. Manusia perlulah menjaga alam sekitar kerana alam sekitar juga ciptaan Allah
  2. Alam sekitar memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan seharian
  3. Tanpa alam sekitar bencana alam mudah terjadi 
  4. Alam sekitar juga memberi kesempurnaan kehidupan manusia
  5. Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting untuk menghasilkan oksigen bagi manusia
  6. Kesimpulannya Manusia perlu memainkan peranan penting dalam menjaga alam sekitar sebagaimana yang telah tertulis dalam al-Quran ;  

surah Al-A’raf: 56-58
“Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (56)
Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahma Nya (hujan) hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. (57)
Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami)bagi orang-orang yang bersyukur.”(58)

Allah melarang hambaNya untuk membuat kerusakan dimuka bumi ini karena Allah telah memberikan karunia yang banyak untuk dimanfaatkan manusia dimuka bumi ini. Hanya saja ada sebagian kaum yang berbuat kerusakan di muka bumi. 

KESIMPULAN

§Alam ini merupakan manifestasi keagungan Allah s.w.t. dan menjadiayatdalam
memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah s.w.t.

§Kesejahteraan alam ini perlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi 
mendapat keredaan Allah.

§Tugas pemeliharaan dan pemuliharaan alam sebenarnya merupakan tanggungjawab 
setiap manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama.

§Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam
menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar.

§Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam 
merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.

§Hasil dan kesan daripada perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan 
kesejahteraan alam pada masa akan datang


sekian, nukilan daripada
SAIFUDDIN , ALIF , IKHWAN , IMAN ,RAHMAT